Sunday, 22 February 2009

Kematian

Kematian demi kematian aku saksikan sejak kebelakangan ini. Bermula dengan ibu lily pada hari rabu lepas. Di ikuti dengan pakcik ku pada hari Jumaat lepas. Selang seminggu, aku dikejutkan dengan kematian sahabat ku semalam.

Aku mengerti ajal maut ditangan Tuhan. Aku tidak menafikannya.

Turutan kematian yang aku saksikan menginsafkan aku nyawa sesiapa pun boleh ditarik pada bila-bila masa. Setiap kematian yang aku nyatakan diatas berlaku tanpa disangka. Ibu Lily jatuh sakit secara tiba-tiba. Pakcik ku juga meninggal secara tiba-tiba. Sahabatku, Zul meninggal dunia secara mengejut apabila tiba-tiba rebah selepas bermain badminton.

Kematian-kematian tersebut juga menyedarkan aku untuk sentiasa bersyukur dan beringat bahawa nikmat kurnia yang dianugerahkan Allah boleh direntap pada bila-bila masa.

Masya Allah, begitu hebat kuasa Yang Maha Esa.

A reminder to myself and also to my loved ones. Wordly life is not everything. One day, we shall return to Him. Don't overwork. Don't be revengeful. Live life and be merry.

2 comments:

Anonymous said...

I lost a granpa last week as well.

I'm predicting with loads of newborns due this year, banyak kematian juga akan berlaku. Malaikat Izrail is having a busy year this year. Adakah aku jugak salah sorang daripada mereka? Waaaa...takutnya tapi kalau dah sampai ajal nak wat camne...

shueyshoelove said...

nadia: when u put it that way, it does make sense.yeap.it's scary not to know when its our time to go.